Saujana Asahan
Saujana Asahan

Saujana Asahan

Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan merupakan sebuah pusat sukan dan rekreasi yang terletak di pekan Asahan di Daerah Jasin di Negeri Melaka dalam Malaysia yang dimiliki Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN).[1] Ia mula dibina pada 8 November 2000 dan disiapkan pada 8 Februari 2002. Tujuan pusat ini dibina adalah untuk menganjurkan program motivasi dan bina pasukan, seminar dan aktiviti dalam dan luar bangunan.[2][3]